aku sebenarnya takut,
kalau kau bukan jodohku,
bnyak usaha yang aku lakukan,
banyak harapan yang aku semaikan,
bakalkah berbuah?
cinta umpama pohon,
akan gugur,
sama ada dipetik,
mahupun sendiri,
bukan pilihan aku.
memang aku takut,
remuk kali ke berapa puluh,
buat cinta yang aku selalu percaya,
jangan kau tarik balik tujuanku,
kerana aku tidak tahu kemana lagi.
kemana aku.
No comments:
Post a Comment