kau kata aku bodoh,
kerana aku rasa dunia bukan 1,
kerana aku bangga dengan imeginasi,
cara aku lihat awan dan aku rasa matahari itu bagaimana,
udara jerebu aku rasa indah,
kau rasa aku bodoh?
kau rasa aku bodoh?
kerana aku cuba faham apa di depanku,
dan aku tidak suka hal manusia,
kerana aku tidak melihat ke belakang?
dan kerana cara aku bersolek?
dan cara aku lihat sesuatu benda bukan dari harganya?
kau kata aku bodoh?!
bila aku kata aku malas?
bila aku kata satu bnda tiada guna,
kerana aku bukan biasa seperti kau, kau dan kau.
dan kerana aku tunjuk amarahku.
kerana aku coba untuk tidak menipu
tentang perasaanku
itukah bodoh?
jadi genius bagaimana lah?
seperti kau dan kau?
fakta segala,
dari satu sumber sahaja?
pernah kau fikir sendiri?
come out with your own theory?
fikir betul salah kejadian,
kalau tidak,
jangan berani kata aku bodoh,
kerana,
kau berfikir pendek,
cetek,
ringkas,
aku diam ada sebab,
sebab aku melihat.
siapa yang bodoh sebenarnya.
No comments:
Post a Comment