mak bapak aku mengenali aku dengan cara yang berbeza daripada orang lain mengenali aku. depa tau la aku ni sapa. pasainya depa tu bela aku dari kecik. huduh baik semua depa tau pasai aku. padahai org sekeliling aku pandai ja buat assumption pasai diri aku. cam tau lebih tentang aku walaupn realitinya tak.
dengan ini aku nak sertakan sajak. tba2 ja buat tme mnulis ni.
cahaya dari celahan tingkap tolak,
bau nescafe o,
meja playwood yang berhabuk menjadi saksi,
jari terus menulis,
menyampaikan kata dalam bentuk digital,
kata tentang dia dan dia,
dan aku,
aku sendiri.
kepada kamu yang mahu kenali aku,
kamu buka mata teroka tulisanku,
apa yang aku percaya,
dan apa yang aku tak,
luaran aku hitam,
hati aku kecik,
aku cuba ubah,
tapi aku sedar itu bukan aku,
selalu aku diam,
sbb aku bnyak persoalan,
persoalan yang kamu xkan paham,
persoalan yang kamu anggap mudah.
itu realiti aku,
dunia aku,
apa yang aku percaya,
dan aku percaya cinta,
dan aku percaya padanya,
hidup ku dan kau berbeza,
aku tak pernah persoalkannya.
tapi aku hairan,
kenapa x terima perbezaan aku,
kenapa?
manusia perlu sekata kah?
dari titik A-Z kena jadi satu garis sahaja?
serius.
No comments:
Post a Comment