Friday, 28 March 2014
takut
kalau kau bukan jodohku,
bnyak usaha yang aku lakukan,
banyak harapan yang aku semaikan,
bakalkah berbuah?
cinta umpama pohon,
akan gugur,
sama ada dipetik,
mahupun sendiri,
bukan pilihan aku.
memang aku takut,
remuk kali ke berapa puluh,
buat cinta yang aku selalu percaya,
jangan kau tarik balik tujuanku,
kerana aku tidak tahu kemana lagi.
kemana aku.
Monday, 24 March 2014
fizikal
perempuan mekap xsnonoh
menyanyi d youtube
aku gelak
sampai mulut aku, aku tutup
tapi aku fikir
mungkin dia cuba
cuba jadi kita
mungkin impian dia
sapalah aku nak judge dia
Saturday, 22 March 2014
Thursday, 13 March 2014
Takpasti
Dalam masa aku menanti,
Aku rasa yang sakit itu bukanlah menunggu,
Tapi ketidakpastian,
Samaada tempoh masa yg aku tetapkan sndiri,
Benarkah mampu ditepati,
Atau aku terpaksa terus menunggu?
Mnunggu,
Dah trus menunggu,
Yang aku xtahu bila pengakhirannya.
Berita2 yang aku terima menerusi perkara terlihat,
Sudah tidak cukup,
Tak dapat puaskan nurani aku,
Rindu yang lama aku pendam,
Semakin menghakis hati,
Yang semakin mgecil,
Dan mungkin akan jahanam bila2 masa.
Masa,
Masa mampu buatkan aku lupa wajahnya,
Badannya dan senyumannya,
Setiap malam aku bermohon padaNya,
Smoga lekas kami bersatu,
Puas sudah aku berharap.
:'(
Wednesday, 12 March 2014
K.A.U
kerana aku rasa dunia bukan 1,
kerana aku bangga dengan imeginasi,
cara aku lihat awan dan aku rasa matahari itu bagaimana,
udara jerebu aku rasa indah,
kau rasa aku bodoh?
kau rasa aku bodoh?
kerana aku cuba faham apa di depanku,
dan aku tidak suka hal manusia,
kerana aku tidak melihat ke belakang?
dan kerana cara aku bersolek?
dan cara aku lihat sesuatu benda bukan dari harganya?
kau kata aku bodoh?!
bila aku kata aku malas?
bila aku kata satu bnda tiada guna,
kerana aku bukan biasa seperti kau, kau dan kau.
dan kerana aku tunjuk amarahku.
kerana aku coba untuk tidak menipu
tentang perasaanku
itukah bodoh?
jadi genius bagaimana lah?
seperti kau dan kau?
fakta segala,
dari satu sumber sahaja?
pernah kau fikir sendiri?
come out with your own theory?
fikir betul salah kejadian,
kalau tidak,
jangan berani kata aku bodoh,
kerana,
kau berfikir pendek,
cetek,
ringkas,
aku diam ada sebab,
sebab aku melihat.
siapa yang bodoh sebenarnya.
lost
arm too tired to move,
it's making me yawn.
yawning does give me a certain relief.
but only temporary
mind too cramped.
with all the unnecessary thought,
one that force me to stop what am i doing
and start daydreaming.
i dunno when will it ends
and when will it change
maybe its temporary
and maybe ...
u decide
Bila ku coba
Aku coba redahi,
Bait bait yang panjang,
Tatkala mindaku bangkang,
Dihujung jari ku bisa lakukan semua,
Kadangkala kuasa sehebat ini bisa hancurkan juara,
Kucoba guna bunyi,
Untuk aku tetapkan pikiran,
Mula memang bisa,
Tapi lama jasadku kian mengada,
Aku rimas.
Tapi kau jangan risau,
Akanku kuatkan tekad jua,
Kerana aku bisa,
Aku pernah dan akan slalu lakukannya,
Siapa nak jadi hakim?
Itu hak kamu,
Yang penting,
Salah betulnya aku,
Hanya Dia yang tahu..
13/3/2014
Tuesday, 11 March 2014
bitchi
dun hate me cuz u ain't mua.
hahaha. n dun try to act innocent. cuz u r not.
wink2
believe me. u r not even a part of my life.
aku buka mata,
harapkan yang indah,
aku hiburkan hati,
dengan perkara x seberapa,
ada aku kata,
"eh kau pun kena bangga",
kau usaha segala,
macam la kau bodoh?
gembira sebentar.
jumpa teman lama,
berlibur d pekan koboi,
dari senja sampai ke malam,
aku gembira,
aku ada kata dalam hati,
"eh kau pun boleh seronok"
tapi..
hahaha..
bila aku dengar suara.
aku cuba pekakkan telinga,
cuba matikan minda,
aku alihkan rialiti,
sbb kau semua xtahu,
sapa dia dan aku.
cakap mudah,
hipokrit.
kalau aku buka semua,
bukan sama dah semua,
aib tu aku pendam.
pendam dalam hati yang jahanam,
kau yang buat aku rasa jahanam.
tahik
Monday, 10 March 2014
pengenalan diri
dengan ini aku nak sertakan sajak. tba2 ja buat tme mnulis ni.
cahaya dari celahan tingkap tolak,
bau nescafe o,
meja playwood yang berhabuk menjadi saksi,
jari terus menulis,
menyampaikan kata dalam bentuk digital,
kata tentang dia dan dia,
dan aku,
aku sendiri.
kepada kamu yang mahu kenali aku,
kamu buka mata teroka tulisanku,
apa yang aku percaya,
dan apa yang aku tak,
luaran aku hitam,
hati aku kecik,
aku cuba ubah,
tapi aku sedar itu bukan aku,
selalu aku diam,
sbb aku bnyak persoalan,
persoalan yang kamu xkan paham,
persoalan yang kamu anggap mudah.
itu realiti aku,
dunia aku,
apa yang aku percaya,
dan aku percaya cinta,
dan aku percaya padanya,
hidup ku dan kau berbeza,
aku tak pernah persoalkannya.
tapi aku hairan,
kenapa x terima perbezaan aku,
kenapa?
manusia perlu sekata kah?
dari titik A-Z kena jadi satu garis sahaja?
serius.
